Tuesday, November 6, 2012

Kehilangan seorang sahabat,abang dan juga ayah bagi aku...Muhammad Nazim.




Assalamualaikum and Hi, kenal Muhammad Nazim?? hmm ,yang kenal tu kenal lah. Aku rindu sangat dekat dia. Senyuman dia... Muka monyet dia... Gelak dia... Suara dia... Masakkan dia :'( Kenapa awal sangat pergi tinggalkan Boboi?? Boboi dah cakap kan??Jangan bawa moto laju-laju,jangan bawa moto laju-laju.. Degil!!! Sekarang tengok? Daddy tinggal Boboi,Kaklong,Momot macam tu je. Mana janji2 Daddy nak bawak kitorang jalan-jalan? Mana banglo kitorang?? Motor kesukaan kau sendiri yg bunuh kau kan?? Tahu tak kami sayangkan kau?? Dulu, aku pernah cakap dengan kau, kalau satu hari kau pergi, aku nak ikot kan?? Tapi, kenape awal sgt Nazim??? :'( Kehilangan kau sangat memedihkan. Susah untuk aku terima pemergian kau. Seminggu nak SPM, kau sahut seruan ILAHI. Pada 26 Oct 2012, hari jumaat di Hari Raya AidilAdha.. 17tahun 20 hari Allah bagi pinjam nyawa Muhammad Nazim. Kehilangannya sangat dirasai. Pertama kalinya aku makan nasi rase macam makan pasir, minum air macam minum minyak masak. Pedihnya, Allah je yang tahu. Sejak akhir-akhir sebelum pemergian kau, kau byk perubahan. Kau mula rapat dgn orang yang kau tak rapat macam Amai, Hafiq, dan sebagainya. Tu pon sebab kitorang gaduh seminggu, terus dia cari kawan baru. Dia mula buat benda yg dia tak pernah buat, nak ponteng kelas lah. Macam-macam lah kau ni Zim. Orang cakap degil, tahu marah. Ya Allah. sekejap sangat kau bagi pinjam dia. Dia dah bahagiakan aku, tapi, aku harap aku dah pun bahagiakan dia. Doa aku sentiase mengiringi kau. Percayelah. Doa ibu kau akan termakbul. Amin....tunggulah ibumu disyurga ya. Aku bangga dapat jadi sahabat kau. Kau banyak ajar aku macam-macam, ajar nak goreng telurlah. masak kuew tiau gorenglah.. Ya Allah. rindunya aku kat dia. dunia aku kosong. Sebab sebelum nie, dialah yang selalu ceriakan aku. Dia pernah cakap. Dia anggap aku macam anak dia sendiri. Dia lindungi aku, tegur aku, jage aku bila aku sakit. Terlalu banyak kenangan kita untuk dikuburkan bersama. Takpe, aku simpan dalam-dalam kat hati nie. Biar takde siape boleh rampas, okay?? Sekarang kau aman disane, aku janji, aku akan jage mak ayah kau macam mak ayah sendiri. Aku jagekan adik kau sekali,Ecah. dia macam adikk aku dah. Nanti tiap petang aku bawak Ecah jalan-jalan macam selalu kau buat, okay??  SIBLINGS sampai bila-bila. Kau pon cakap kan?? Kita nie bukan MACAM adik beradikk, tapi, memang adik beradik pon. Terima kasih atas segalanya. aku halalkan segalanya yg dah aku bagi. Dan aku lepaskan kau aman disane, Aku akan sentiase doakan kau dari mane pon aku berade.Aku berpijak dibumi yg nyata. Kau sangat berbeza dgn aku sekarang. Hadirlah dalam mimpi aku bila mase je kau nak. Aku nak sangat jumpa kau. Pelukk kau. Cium dahi kau lagi :'( Kau sahabat terindah aku, Muhammad Nazim b. Mahadi. Disaat ini, dengan berat hati aku lepaskan kau pergi untuk selama-lamanya. Aku yakin, pintu syurga menantimu. Aminn.....Assalamualaikum, Muhammad Nazim :') ~ Al-fatihah..........

Saturday, July 14, 2012

Kem Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2012.

Assalamualaikum wbt and Hi.
Pada tarikh 29 sampai 6 June..Berlakunya perkhemahan kadet polis peringkat kebangsaan bagi mewakili Negeri Sembilan. Macam-macam bende aku buat masa dekat KEMRI Juasseh selame 5hari..Huh!! Hari pertama, rase macam nak balik je..HAHA..dan sepanjang kat KEMRI tu pula, mcam-macam kami buat same-same. Berkawad menghitamkan kulit muka,makan sama-sama, mandi sama-sama..haha. kena dendam sama-sama.Berlari sama-sama WALAUPON aku sorang je kot injured. Hari ahad gerak ke Johor Bahru ,Pusat Koko Tasek Utara. Sampai kat sane dalam pukul 4 .Siap-siap pasang khemah, mandi solat. makan. bermulalah aktiviti taklimat lah bagai. Masa hari isnin ada pertandingan kawad.Hari selase sepatutnya pandu arah dgn ape tah satu lagi. Batal sbb hujan. kitorang punyelah semangat ,dah tunggu dlm trak.haish!!tunda hari khamis. Jumaat dah balik???? Tiba-tiba rasa sebak je haritu. masing-masing senyap.tak macam hari mula-mula gerak ke Johor.Bila dah sampai kat IPK Seremban. Aku bajet buat muka takde ape-ape berlaku. haha.Then. Hanim muncul,cakap".. nak balik dah nie.."..*Speechless...hmm. okay:) then, aku bagi lah gula-gula lolipop yg tak berape besar tu dgn nametag aku sebagai ganti nametag dia ada kat aku. Okay,Sumpah sedih!!then adik-adik kecik aku tu pulak nak gerak balik.Arief,Amir kecik..dua-dua dari SDASA.. pon sedih juga, sebab diorang antara yg terbaik kat sana. Lepas tu giliran aku pulak balik.Cikgu Khai dah tunggu dalam kereta..pegilah salam semua dgn air mata yg tak henti-henti mengalir tu. semua dah meleleh ja.Aduhh!!~ aku lemah betul macam nie lah..turn salam Firdaus..Tiba-tiba dia nangis dengan agak rancak. hahaha. aku pon ape lagi. nak taknak. join sama lah. hahaha.mybe sebab kami sangat rapat time kat sana kot. okay,aku terime semua tu.agak sweetkan??dalam kereta. tak henti2 nangis. sebok ahh cikgu.Nk nangis pon tak feels. berhenti makan and blablablabla  sampai rumah dalam pukul9 malam. perghh!!banyak baju nak kena basuh nie.hehe.Rindu katil. So, thats all for today,Thank you.


Pasukan Kontijen Negeri Sembilan

Saturday, June 23, 2012

Biar pun paradox..Tetap terase !!

Assalamualaikum wbt .,
Biasenye macam tu lah kan?? Kita harapkan jawapan lain, tapi,orang bagi lain !!Memang sakit hati boboi..HAHAHA! Yela..kadang-kadang boleh terima je.Cuma kalau time mood macam HARAM  nie jangan main kasar laa kan?? And the most worst is dia balik yang macam *****..Tadi nak sangat ber-Paradox dengan aku,, sekarang????haish !!!!!Saje ye bagi aku update blog nie kan??? by the way,moral of story kalau nak ber-paradox tu pergi menuntut dulu laa.so,that's all for today.Thank you

Thursday, June 21, 2012

Selamat Hari Lahir ,Emak :')

Assalamualaikum wbt,.
Esok,22-6-2012 hari lahir mak yang ke-42..Dah tua dah mak kan??? hahaha :D Semalam ade buat tempahan kek dekat Faqih,.tak bagitahu mak pon,.Saja nk buat suprise lahh konon..aku, dan adik-adik aku collect duit. .Nak ambil kek tu lepas solat jumaat esok, TAPI, pukul 2 ade kelas Chemistry..So, tak dapat la nak suprise same-same..Sebab kelas sampai pukul 4 pula tu.So, soryy mak..By the way. nie mak kesayangan aku ^_^ .Dia ibarat nyawa bagi aku..
     Vouge kan?? hahaha. tahu tu!!Mase kita orang kecil-kecil dulu,mak garang sangat..Kadang-kadang lagi garang dari ayah.Tapi, sekarang dah kurang laa. tapi, still garang.Ape-ape pon aku bertuah dapat mak yang super macam nie,hehehe, She is my SuperMak..Selamat Hari Jadi,Emak.. Semoga dimurahkan rezeki, panjang umur dah semestinya dan moga jadi seorang mak yg tabah dalam mendidik anak-anak mak yang degil Na'uzzubillah nie :) so, that's all for today.Thank you

Wednesday, June 20, 2012

Kejujuran & Keikhlasan Sentiasa Dibalas Dengan Keadilan..

Assalamualaikum wbt..
Pernah tak anda rase tak dihargai?? Ye !tahu.. pedihkan rasenya??Sebenarnya,ia banyak mengajar kita tentang pentingnye lahai untuk kita jujur&ikhlas dekat semua orang sebab suatu hari nanti kita dapat rasa macam mane rase bile orang buat baik dgn kite balik.Tapi, bergantung kepade orang tu juga, kalau hidup memang suke menipu, Memeyy laa org tipu dia balik.Lumrah manusie, tak semua baik,tak semua jahat, tapi, jangan ingat orang yg jahat tk boleh jadi baik, manakala, org baik boleh jadi jahat.Ini semua kerane banyak faktor,.''PENGARUH RAKAN SEBAYA'' yg jadi faktor utama,Tapi, sekarang nie kena ubah pula, sbb sekarang bukan rakan sebaye je, segale rakan la...Bila kawan nasihat yg baik-baik tu dengar lah. bukan nak suruh dia ikot Kepala Batu hang ja..Semua makhluk Allah SWT d'anugerahkan hati & perasaan,macamane rasanye bila kita kena balik?? Dah cukup ikhlas dan bersyukur masih ade org sudi nak nasihat..At least, balas laa kebaikannye dgn senyuman ke? terima kasih ke? or any positvely responded..HOK!!HOK !! (haih..batuk pulak dah malam-malam nie,semua gara-gara mentedarah ais je .nie mesti tande-tande suruh tutup laptop)..okay lah, by the way,jujur dan ikhlas lah semampu mana pun anda mampu kerane sekecil mane pon semue tu, pasti akan dibalas dgn kebaikan, cume cepat atau lambat ..kire okay la tu kan? dari takde langsung :)That's all for today,Thank you.

Monday, June 18, 2012

Intro ?? Hmmm...Just only a re-upgraded blog lah.

Assalamualaikum wbt.
Boboi takde ape nak cakap sebenarnya, penat ! baru lepas upgrade blog ni..Blog nie dah lame, cuma agak ber-habok untuk tontonan umum =D Insya-Allah kalau takde apa-apa hal,boboi update okay? By the way, My name is Muhammad Aizul Haziq bin Mohamad Isa.. i'm 17teen-years-old and the most important is, I'm still single and available :) so, that's all for today, Thank you.